28 October 2013

Talk that.





















Assalamualaikum!

Patung-patung dekat atas tu adalah hak milik housemates saya. haha. Saya punya yang paling kecil kemetot, kiut dan miut tu(penguin) baekkie namanya. Jangan tanya kenapa nama dia baekkie, sebab Baekkie stands for Baekhyun. Baekhyun tu one of exo members. so jangan tanya kenapa. haha. Okay memang tak ada kerja betul cerita pasal teddy bear pagi-pagi buta ni. heh.


Cerita dia sekarang, Semester 1 telah pun tamat. Dan aku rasa sangat gementar macam nak ambil test JPJ untuk tahu result exam aku untuk semester 1. Jujur aku cakap, Mid-term lagi okay berbanding dengan Final Exam......Aku tak tahu lah, aku rasa final exam aku macam banyak careless, bukan "macam" tapi memang banyak pun. Perasaan lega selepas jawab paper tu tak ada, makin runsing ada lah. Haih, macam mana ni? . Pasrah, redha dan tawakkal jelah yang aku mampu.



So far, belajar not bad lah, cuma banyak krisis hidup sikit yang menimpa diri aku ni. Bukan krisis apa pun, cuma, yelah mulut orang kita tak boleh tutup. Aku tak tahu kenapa mana-mana tempat aku pergi, mesti ada je orang yang tak suka, orang tak puas hati, padahal aku tak kacau dia orang pun. Boleh kira dengan jari jugak lah berapa orang kawan aku ada dekat sana. hahahaha. Nerd bukan? :p . Tapi alah, tak apa lah, mungkin dia orang cemburu dengan aku kot? yelah, kalau tak cemburu then apa lagi sebabnya kan? . hahaha



Okay, motif aku cakap semua tu? heh. maaf semua, saja nak luahkan perasaan jap. haha. Okay lah semua, lagi beberapa minggu lagi, Semester 2 akan muncul. Dan mungkin, kelas semasa semester 1 tak sama lagi dengan semester 2 sebab pihak atasan nak merge kelas. weeeh, ottoke? dah lah aku tak berapa nak kenal budak kelas lain dan tak nak kenal pun. hahahahahaha. I'm better off on my own~ . Aku tak berapa nak ngam dengan rakan satu fakulti aku. Kalau ngam pun dengan beberapa orang je. maybe dia orang datang dari negeri-negeri yang lain, perangai lain-lain, or maybe dia orang terlalu cepat menilai seseorang tu dan ia buat aku rasa sangat annoyed? I don't know man.



Okay, rasanya dah boleh berhenti complain, haha. Redha jelah dengan keputusan pihak atasan. Kelas mana-mana pun tak kisah lah, janji aku tahu, aku nak score and takkan ulangi kesilapan yang aku buat time semesta 1 . InsyaAllah. Ok lah, aku undur diri dulu. Assalamualaikum! :)